BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Friday, 14 October 2011

Transkrip Khutbah Dr Yusuf Al-Qardhawi

We use trains and planes, but they are not our trains or planes. The (Westerners) manufacture them and export them to us. True, we can buy the most magnificent things in the world products for our homes and for ourselves. Our people can buy the most luxurious cars, Rolls-Royce or Mercedes 500 or 700, models S, M, and L with all the luxuries. We own them, but we don't manufacture them. We don't even produce a single nail in any of these cars. Others do this for us.

Unfortunately, we do not excel in either military or civil industries. We import everything from needles to missiles. This is our nation. We still haven't manufactured an engine in our Arab countries. We assemble parts, but have no manufacturing industries. India has manufactured a car, and even a plane, while we still go around in circles like a bull in who turns a grinding mill or a water weal until it reaches exactly where it started.

sumber : Dr Lo'Lo'

Wednesday, 14 September 2011

KESAMAAN DI SEBALIK PERBEZAAN

Kalau mencari perbezaan,
Yang jelas di mata,
Adalah kelainan dan berlawanan,
Ketaranya pertentangan,
Anggaplah ketidaksamaan itu,
Rahmat yang menjadikan kehidupan,
Lebih berseri dan bermaya

Marilah melihat kesamaan..di sebalik perbezaan,
Bahawa ..Setiap muslim itu bersaudara
Bertuhankan Tuhan yang sama
Bernabikan Nabi yang sama..

Saturday, 16 July 2011

ALAM KONTEKS SEMBAHYANG

Adapun Syariat itu, engkau sembah akan Allah dan engkau kerjakan segala suruhan syarak dan menjauhi segala yang ditegah oleh syarak. Dan Tarikat pula, engkau seolah-olah melihat akan Allah dengan ilmu dan amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. Seterusnya, Hakikat itu seperti engkau pandang akan Allah dengan cahaya yang diletakkan oleh Allah di tengah2 hatimu dan akhirnya Makrifat itu pula lengkap meliputi pada sekelian badanmu. Maka lengkaplah proses sembahyang tadi dengan penyaksian di antara Zat dan Sifat beserta dengan puji2anNya.

Ini lah isyarat sabda Nabi SAW, “Dan bermula syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa, dan bermula hakikat dengan tiada ilmu syariat batal, itulah sebab tiada bercerai”.


Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali

Wednesday, 13 July 2011

MAKANAN DAN KELEBIHANNYA

Roti (khubz)
- Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
- Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
- Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
- Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
- Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
- Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
- Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
- Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
- Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
- Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
- Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
- Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
- Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
- Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
- Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
- Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
- Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
- Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
- Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
- Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
- Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
- Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
- Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
- Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
- Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


Inai (hinna)
- Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
- Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
- Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
- Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

~mymasjid~

Sunday, 19 June 2011

RELATIVITI SEGITIGA BERMUDA

Sujek ini ialah salah satu topik yang saya gemari sejak berusia kecil kerana saya mengganggap 'hal' ini adalah sesuatu yang penuh misteri dan agak tragis. Berdasarkan 'pencarian' dan simple research saya di beberapa web, akhirnya saya cuba mengupas isu misteri dan menghairankan melalui penulisan di blog ini. Memang sudah lama saya meninggalkan zaman kegemilangan penulisan saya. Sesuatu yang amat saya minati malah pernah juga saya menghasilkan beberapa cerita pendek @ cerpen yang pernah dibaca oleh ibu saudara saya di kampung sewaktu saya menjangkau 15 tahun. Walau tidak pernah di ' publish' oleh mana-mana book publisher atau majalah, saya tetap merasakan melalui penulisan, saya dapat melontarkan segala idea yang terpendam yang boleh dijadikan teladan dan sempadan oleh sesiapa pun..

Mari nikmati topik kegemaran ini..

Dalam satu abad terakhir ini dianggarkan sekitar 50 kapal laut dan 20 pesawat terbang menghilang secara misteri di suatu wilayah yang disebut segitiga bermuda. Tidak hairan banyak orang menyebut wilayah ini dengan nama segitiga ‘syaitan’. Setelah hampir satu abad berlalu, adakah misteri yang masih tersisa dari segitiga bermuda ?

Segitiga bermuda membentang di lautan Atlantik yang dibatasi oleh garis yang menghubungkan Florida, pulau bermuda dan puerto rico. Luasnya sekitar 1,2 juta km2. Misterinya dii ketika banyak kapal laut, perahu dan pesawat terbang menghilang secara misteri di wilayah ini. Menurut para penyelidk, di wilayah ini hukum fizikal dilanggar sehabis-habisnya.

Bahkan hingga kini, segitiga bermuda masih sering menjadi topik kegemaran buku-buku novel dan filem-filem Holywood. Kisahnya tidak pernah habis diperbualkan di laman sesawang paranormal dan misteri.
Nama segitiga bermuda awalnya datang dari seorang wartawan bernama Vincent Gaddis yang menulis artikel berjudul “The deadly bermuda triangle” yang terbit pada FebruarI 1964 di majalah Argosy. Namun legenda ini dihidupkan dan dipopularkan oleh seorang penulis bernama Charles Berlitz yang menulis buku berjudul “The Bermuda Triangle” pada tahun 1974.

Salah satu kisah pertama mengenai misteri ini adalah peristiwa yang terjadi pada tahun 1918. Pada saat itu sebuah kapal bernama USS Cyclops yang memiliki panjang 542 kaki dan membawa batu bara untuk angkatan laut Amerika sedang berlayar dari Salvador ke Maryland. Kapal itu tidak pernah sampai ke tempat tujuannya. Para pencari hanya menemukan keterangan/bukti  bahawa kapal itu berlabuh di Barbados pada tanggal 3 dan 4 Mac untuk menambah persediaan. Setelah itu, hilang tanpa jejak.
Kisah lain yang popular adalah misteri hilangnya 5 pesawat militer Amerika (flight 19) pada tanggal 5 Disember 1945. Pada hari itu, 5 pesawat pembom Avenger berangkat dari pangkalan angkatan laut di Fort Lauderdale, Florida pada pukul 2:10 sore. Kelima pesawat itu dikemudikan oleh para prajurit penerbang dengan dipimpin oleh Lt.Charles Taylor.

Satu setengah jam kemudian, Lt Robert Cox di pangkalan menerima transmisi radio dari Lt. Charles Taylor yang mengatakan bahwa kompasnya berhenti bekerja dan ia kebingungan menentukan arah. Selama beberapa jam berikutnya, pangkalan masih boleh  menerima komunikasi radio dari lima pesawat itu hingga komunikasi terputus sepenuhnya pada pukul 7:04 malam.

Dua pesawat kemudian diperintahkan terbang untuk mencari kelima pesawat itu. Salah satu pesawat pencari tidak pernah kembali ke pangkalan. Ia telah ‘ghaib’ dengan kelima- lima pesawat tersebut, menghilang begitu saja.

Misteri ini telah membuatkan berbagai teori muncul ke permukaan. Menurut para ufolog, di dasar laut Atlantik tempat segitiga bermuda ada markaz / penempatan alien yang menculik para kapal dan pesawat. Menurut para penganut new age, pesawat dan kapal menghilang kerana residu kristal yang berasal dari pulau Atlantis yang misteri. Menurut para spiritualis, segitiga bermuda adalah pintu menuju dimensi keempat.
Menurut penyelidik  yang lebih rasional, fenomena ini boleh  disebabkan kerana gangguan elektromagnetik. Bagi para skeptis, yang paling bertanggung jawab adalah cuaca buruk, kemalangan, bajak laut, navigator yang tidak kompeten dan human error.

Menarik, kerana teori-teori tersebut tidak berakhir sampai disana. Seorang Psikiatris bernama Dr Kenneth McCall memiliki teori lain. Ia meneroka sejarah segitiga bermuda hingga ratusan tahun sebelumnya dan menemukan bahawa wilayah itu dulunya adalah tempat lalu lalangnya kapal pedagang barat. Dan ia menemukan satu fakta mengejutkan. Pada masa perdagangan budak, diperkirakan 10 juta budak dibuang ke laut itu, apakah kerana mereka terkena penyakit, atau hukuman? Menurut Dr McCall, roh 10 juta budak itu dapat mengganggu dan meng’ obses’fikiran para pilot atau navigator yang melintas. Hmm...masuk akal.

Misteri segitiga bermuda terus berlanjutan hingga tahun 2000. Pada saat itu sebuah kapal Inggeris yang tenggelam 70 tahun sebelumnya (bukan di segitiga bermuda) berhasil diangkat dari dasar laut. Kapal ini terbukti menjadi kunci pengungkapan misteri Segitiga bermuda yang lebih rasional, yaitu gas Metana.
Menurut mereka di wilayah tertentu di lautan, kadang gas metana tersembur keluar dari dasar laut. Naiknya gas ini ke permukaan menyebabkan berkurangnya kepadatan air laut dan akan menyebabkan apapun yang ada di permukaan laut tenggelam. Bahkan jika para awak kapal terjun ke permukaan dengan pelampung, tetap juga mereka akan tenggelam.

Dan di wilayah segitiga bermuda, ditemukan beberapa bahagian dimana gas metana biasa menyembur ke permukaan laut. Ini memang boleh  menjelaskan penyebab tenggelamnya kapal laut. Tapi masih belum boleh  menjelaskan penyebab hilangnya pesawat atau kapal terbang.

Kemudian pada tahun 1975, seorang bernama Larry Kusche  seorang  pustakawan di Arizona State University meneliti misteri ini dengan sungguh-sungguh dan mendapatkan kesimpulan yang sangat berbeza. Menurutnya, tidak ada misteri di segitiga bermuda. Ia menulis hasil penyelidikannya dalam sebuah buku berjudul “The Bermuda Triangle Mystery – Solved”.

Ia menemukan banyak laporan kecelakaan di segitiga bermuda tidak dilaporkan secara tepat. Contoh, ia menemukan satu laporan mengenai kapal yang tiba-tiba hilang di lautan yang tenang, padahal kenyataannya lautan saat itu sedang dilanda badai.
Di bahagian lain, ditemukan banyak kisah yang ditulis mengenai kapal-kapal yang menghilang secara misteri. Padahal kenyataannya bangkai kapal-kapal tersebut ditemukan dan penyebab tenggelamnya sudah dapat dijelaskan.

Dalam kes lain, seorang penulis menyebutkan satu kapal hilang di segitiga bermuda. Padahal sesungguhnya kapal tersebut tenggelam 3.000 batu  jauhnya dari segitiga bermuda.

Lagipun dengan keluasan 1,2 juta km2 (9 kali pulau jawa) dan lalu lintas pelayaran yang padat, adalah hal yang wajar apabila ada beberapa kapal yang tenggelam disitu. Lagipula, pesawat dan kapal yang tenggelam beberapa puluh tahun yang lalu memang belum memiliki sistem navigasi yang memadai dan sempurna.

Setelah hampir satu abad, pertanyaannya adalah, apakah masih ada misteri dari segitiga bermuda. Kelihatannya yang masih menjadi misteri adalah bagaimana segitiga bermuda boleh menjadi misteri J

Mungkin kisah dan cerita yang kita dapatkan memang bercampur aduk dengan imaginasi manusia. Mungkin Larry Kusche memang benar. Tidak ada misteri di segitiga bermuda. Lagipula insiden terakhir yang terjadi adalah pada tanggal 22 Desember 1967, 42 tahun yang lalu.

Jika itu kenyataannya, saya turut bersimpati untuk para penggemar misteri segitiga bermuda yang berduka.
Apapun, setiap hal yang berlaku itu sudah termaktub sebagai takdir Ilahi dan tiada siapa yang mampu mengubah atau menentangnya. Usahlah dipertikaikan setiap yang berlaku kerana setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmah dan kepentingannya.

Sekian, wallahu a’lam..

(sumber tulisan : google dan wikipedia)






HIKMAH BISMILLAH...


Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Sinny dan Addailamy dari Saidina Ali r.a :-
" Apabila engkau mendapat sesuatu musibah ( Kecelakaan ) bacalah :-

' Bismillaahi rrahmanirahim wa laa haula walaa quwwata illabillahil aliyil azhim '.

- Nescaya Allah menjauhkan daripadanya 70 pintu dari segala macam bala, kesusahan dan dukacita.

1. Menurut salah seorang Alim katanya - Barangsiapa membaca Basmalah 113 kali di hari jumaat dikala khatib diatas mimbar, seraya memohonkan( Apa yang dihajatkannya kepada Allah ) niscaya berhasil maksudnya.

2. Barangsiapa mengekalkan, mengucapkan Basmalah tatkala terbit matahari pada hari ahad dan ia menghadap kiblat dengan udhuk sebanyak 313 kali ( sebanyak Rasul-rasul Allah ) dan berselawat atas Nabi S.a.w - 100 kali, niscaya Allah memberinya rezeki dengan tiada disangka-sangka dengan kemurahannya.

3. Barangsiapa berkekalan mambaca Basmalah setiap hari 100 kali, niscaya Allah menunaikan hajatnya dengan mudah, baik ehwal dunia maupun akhirat

4. Menurut Imam Al-Gazaly - Barangsiapa membaca Bismillahi rrahmanirahim 12,000 kali dan setiap selesai 1000 kali hendaklah solat hajat 2 rakaat, selepas selesai solat yang terakhir bermohonlah kepada Allah akan apa-apa yang dihajatkan, mudah-mudahan Allah akan menunaikan hajatnya.

* BACALAH DENGAN PENUH KEYAKINAN, Ikhlas dan Lillahi ta'alla. Insya Allah dengan izinnya kita akan terselamat daripada sebarang kesusahan didunia dan akhirat. Dipermudahkan perjalanan hidup kita dan terselamat daripada musibah-musibah.
Inilah asas Senjata Mukmin Amalkan dengan menzikirkannya sebanyak-banyaknya setiap hari - Mudah-mudahan anda semua akan diberkati dan dirahmati Allah sepanjang masa.

HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT

Source:
http://ms.shvoong.com/books/dictionary/1981628-senjata-mukmin-hikmat-bacaan-bismillah/#ixzz1PlmMDBao

Wednesday, 1 June 2011

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud