BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Monday 23 May 2011

PERISIAN PERCUMA UNTUK 'EDIT' GAMBAR

Pernahkah anda mengedit gambar atau foto? Pencapaian teknologi terkini dengan beberapa perisian 'isitmewa' untuk anda mengedit foto-foto menjadikanya tampak lebih menarik untuk tatapan sesiapa jua. Adobe Photoshop adalah salah satu perisian terkini dan popular di kalangan penggemar reka bentuk grafik dan foto. Versi nya sentiasa terkini dan sentiasa hangat di pasaran global. Walau bagaimanapun, terdapat juga perisian dan program yang tidak memerlukan penggunanya mengeluarkan kos langsung! Berikut ialah senarai untuk kegunaan bersama :-

1.www.photoshop.com/express

2.www.yodio.com

3.www.ne.jp/asahi/mighty/knight/

4.www.all-things-photography.com

5.www.scrapblog.com

Selamat Mencuba!

Sunday 22 May 2011

GRAFIK DAN ANIMASI PERCUMA

Grafik dan animasi percuma Dalam web terdapat banyak laman web yang menawarkan grafik dan animasi GIF secara percuma. Namun begitu memilih yang terbaik bukanlah sebuah tugas yang mudah tetapi semua laman web ini mempunyai sambungan kepada dan daripada satu sama lain. Pencarian grafik yang sempurna mungkin menjadi satu ketagihan.
Animasi menarik
Laman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 20,000 animasi GIF, latar belakang dan gambar. Yang terbaik daripada laman ini adalah animasi GIF. Anda boleh dapatkan sebarang animasi GIF daripada sukan kepada sambutan hari kebesaran dan anda boleh gunakannya untuk laman anda. Selain itu anda boleh dapatkan kod tag meta, tetingkap dan menu daripada laman ini.
http://www.gifanimations.com

Segalanya percuma
Anda akan mendapati ribuan imej percuma untuk anda dapatkan dan gunakan. Ia juga mempunyai sambungan kepada ribuan laman web grafik percuma. Anda boleh dapatkan animasi GIF, garisan, bebola dan perentang di samping gambar yang terdapat dalam pelbagai kategori. Gunakanlah sepuasnya.
http://www.allfree-clipart.com

Web kreatif
Laman ini mempunyai sebuah kemudahan untuk membina perentang, bebutang dan logo secara percuma. Ia menawarkan pembinaan logo dan bebutang yang cepat, mudah dan percuma. Banyak perentang yang menarik boleh dihasilkan daripada laman web ini.
http://www.Crecon.com/banners.html

Foto percuma
Anda boleh memuaturun lebih daripada 18,000 foto percuma yang dibahagikan kepada 40 jenis kategori dan 600 subkategori. Antara imej-imej yang boleh didapati adalah daripada Eropah, Timur Australia dan UK. Sebuah laman foto yang menarik dan yang pentingnya percuma.
http://www.freefoto.com

Grafik percuma
Terdapat lebih daripada 30,000 imej, animasi, bebutang, ikon dan grafik untuk anda pilih. Laman ini merupakan salah satu laman grafik terbesar dalam web. Jika anda seorang yang baru ingin memulakan laman web, pergilah ke laman web ini.
http://www.free-graphics.com

Foto percuma lagi
Laman ini menawarkan pelbagai jenis gambar foto untuk anda gunakan. Kebanyakan foto dalam laman ini menawarkan imej alam sekitar, angkasa lepas dan tempat-tempat menarik di Amerika Syarikat. Perlukan foto menarik dan percuma, inilah lamannya.
http://www.freestockphotos.com

Animasi Ulead
Laman ini menyediakan pelbagai animasi GIF menarik untuk sambutan perayaan-perayaan dan juga cuti umum. Apabila anda memilih untuk mendapatkan sesebuah imej, sebuah tetingkap akan memaparkan saiz dan arahan muat turun. Selamat ambil imej!
http://www.webutilities.com/community/gifzone/libraries/default.asp

Audio percuma
Jika anda memerlukan fail MIDI untuk laman web anda, laman ini adalah sesuai untuk anda. Anda boleh mencari menurut nama fail atau jenis fail. Lagu Siti Nurhaliza ada ke?
http://www.freeaudioclips.com

Muzik untuk laman web
Semua muzik dalam laman web ini dikategorikan menurut panjang dan tema seperti Italian, Hard Rock dan Pop. Terdapat pelbagai jenis lagu yang sesuai menurut mood anda. Setelah mengambil muzik daripada laman ini pastikan yang anda memberikan kredit kepada tuan punya laman ini.
http://www.mfwp101.com/freemusic.html


(dipetik dari Majalah PC)

PERISIAN PERCUMA

       Semua orang sukakan barangan yang percuma dan bagi para pengguna komputer perisian percuma adalah merupakan sesuatu yang dicari-cari dalam Web. Terdapat jutaan perisian percuma dalam Web dan masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna ialah untuk memilih dan menguji perisian itu untuk memastikan kesesuaian serta menurut kehendak mereka. Sekarang mari kita lihat 10 laman Web perisian percuma paling popular.
Freeware Files
Laman Freeware ini menyediakan lebih daripada 10,000 perisian percuma untuk dipindah terima. Perisian-perisian yang disediakan dibahagikan kepada Win 95/98/NT, Windows 3.x, Libraries, Drivers dan Screen Savers. Jenis-jenis perisian yang boleh anda pindah terima ialah Internet Tools, Multimedia, Business, Drivers, Games, Website Tools dan Java Games. Selain daripada itu laman Web ini juga menyediakan ruangan-ruangan seperti berita, horoskop dan permainan.
Free Programs
 


Laman Web perisian percuma ini menyediakan lebih kurang 25,000 perisian untuk pilihin anda. Laman ini berbeza dengan laman Freeware kerana ia menyediakan ulasan ringkas dan “rating” kepada setiap perisian yang berada di dalam simpanannya. Ia juga mempunyai arkib perisian yang dibahagikan kepada Games, Internet, Home & Personal, Multimedia, Development Tools, Education dan Business. Laman Web ini juga menyediakan dua sambungan iaitu Freeware Favorites dan Cool Sites yang menyenaraikan laman-laman Web perisian percuma lain.    
Moochers Freeware
Laman ini menyediakan senarai perisian terbaru yang dikemas kini setiap hari bagi memudahkan para pengguna. Semua perisian dalam dibahagikan kepada Business, Desktop, Education, Games, Graphics, Internet, Programming dan Utilities. Setiap bahagian dipecahkan kepada subkategori yang lebih terperinci contohnya Internet akan dibahagikan kepada Bookmarks/Favorites Tools, Browsers and Accessories, Browser Plug-Ins, Email, FTP Clients, Internet Phones, Chat, and IRC dan Internet Search Tools. Sebuah laman Web yang mudah dicapai dan tersusun dengan baik.
Dave Central
Laman ini bermula sebagai sebuah laman Web panduan perisian-perisian tambahan untuk Windows 3.x dan Windows 9x. Laman ini mempunyai lebih daripada 5,000 perisian yang telah diuji dan disahkan boleh guna oleh penyelia laman Web ini iaitu Dave. Kali ini laman ini membuat sedikit perubahan dengan memasukkan arkib perisian Linux. Menurut Dave, Linux sekarang semakin popular dan beliau amat meminatinya. Antara perisian-perisian Windows dan Linux yang boleh anda dapati ialah Audio, Database, Connectivity, E-mail, Fax, File Utilities, FTP, Graphics, Java, Multimedia, Newsgroups, System Utilities, VRML, Web Authoring dan Web Surfing. Jika anda seorang pengguna Linux jangan lepaskan peluang ini.
Download
Laman Web ini merupakan salah satu daripada laman Web perisian percuma yang popular kerana ia telah disediakan oleh CNET iaitu salah sebuah penerbit kandungan Web terkenal selain daripada ZDNet dan TechWeb. Laman ini juga menyediakan pelbagai jenis perisian untuk Windows 9x iaitu daripada untuk perniagaan hinggalah kepada Internet, malah ia juga menyediakan perisian untuk PalmPilot, Windows CE dan Linux. Anda juga boleh mendapatkan “rating” dan ulasan ringkas setiap perisian serta maklumat teknikal samada perisian itu boleh digunakan dengan berkesan atau tidak.
File Pile
File Pile mendakwa ia mempunyai koleksi perisian percuma terbesar di dunia iaitu lebih daripada 1.2 juta fail. Anda boleh mencari fail pemacu, aplikasi, permainan dan gambar menerusi laman Web ini. Selain daripada fail anda juga boleh memindah terima imej dan video. Ia juga menyediakan senarai fail terbanyak yang dipindah terima, ulasan CD-ROM dan koleksi istimewa File Pile.
Software Library
Laman Web ini mempunyai 16 bahagian perisian yang dibahagikan menurut jenis dan kegunaan antaranya ialah Browsers, Macintosh, MP3, PalmPilot, Graphics & Multimedia, Home & Education dan Internet. Ia juga mempunyai sebuah bahagian istimewa iaitu ZDNet Exclusives yang memaparkan ulasan perisian dan perisian-perisian khusus seperti ActiveX dan Java. Anda juga boleh mendapatkan Top 10 mingguan perisian paling popular serta anugerah perisian terbaik tahunan yang dianjurkan oleh ZDNet.
File Mine Laman Web membawa tema “dig into my collection” (galilah koleksi saya) bagi mengambarkan betapa banyaknya fail dalam laman Web ini. Kandungan koleksi fail dalam laman Web ini adalah menyerupai laman Web yang lain namun begitu ia menyediakan ulasan perisian yang terperinci berserta cara menggunakan perisian itu. Laman ini juga menyediakan sebuah senarai sepuluh perisian terpopular yang dipindah terima daripada laman Web ini, antara yang perisian yang terdapat dalam senarai itu adalah FaxWizard 4.1, Download Accelerator 3.5, Multimedia Browser 4.0 dan Paint Shop Pro 5.01.
Jumbo Laman Web Jumbo ini merupakan salah satu laman Web pindah terima perisian yang pertama selain Download dan Software Library. Pada mula-mulanya Jumbo adalah sebuah perpustakaan perisian percuma terbesar berbanding kedua-dua laman Web tadi tetapi kini ia sudah kurang diminati. Antara segmen yang terdapat dalam laman Web ini adalah MP3, Must-Haves, PDA/Pilot, Radio, Utilities dan Windows CE.
Versions
Versions merupakan salah satu laman Web perisian percuma terbaru di dalam Internet. Motto laman Web ini adalah “Get Your New Versions of Software Here” (dapatkan versi terbaru perisian anda di sini) dan ia menyediakan pelbagai jenis perisian yang dibahagikan menurut jenis sistem pengoperasian seperti Windows, Mac OS, Linux+Unix, Be OS, Palm dan Windows CE.
 



(dipetik dari Majalah PC)


Saturday 21 May 2011

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU

             Buat ibu yang berada jauh di mata tetap dekat di hati..nukilan ini buat ibu yang sentiasa menyayangi, menyokong dan mengambil berat perihal ku ini... aku, manusia yang tidak akan ada 'apa-apa' tanpa ibuku...dialah yang sentiasa di sisi ku di waktu ku mengalirkan airmata bahagia dan derita..rahsia yang tidak mampu ku pendam mengalir dalam airmata ku, setiap detik jua di fahami dan dikenangi ibuku...terima kasih ibu..ibu hanyalah ibu...

the magical words in the world...

ErTi CINTA



Aku bertanya pada alam semesta tentang arti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:

“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”

Air menjawab:

“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan

Api menjawab:

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab:

“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu

Matahari menjawab:

“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”

CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak, sebagai hamba.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:

“Bisakah aku merasakannya?”

Sambil berlari CINTA menjawab:

“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

Aku pun Berteriak, “Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

Thursday 19 May 2011

mAtHs

peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, krn ini akan mempengaruhi persepsi & sikap kanak-kanak trhdp pembelajaran matematik sepanjang hayat mereka ( Renga & Dalla 1992). ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan peranan dlm bagaimana seseorang membina dan memperolehi

ilmu matematik pada masa hadapan. Ginsburg (1977) dalam kajiannya telah mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi.


semua kanak-kanak dpt mengembangkan kebolehan asas dlm pemikiran ttg matematik walau bagaimanapun tdk bermakna pemikiran & perkembangan kanak-kanak adlh seiras ttpi ia menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. kesimpulan yg blh dibuat adalah, kanak-kanak drp. beberapa latarbelakang yg berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama.di kebanyakan masyarakat, kanak-kanak yg telah pun mempunyai pemikiran yang "berfungsi" tentang matematik pada peringkat umur antara 5 ke 7 tahun.





HYPERAKTIF

- tidak fokus

- bersifat menentang

- destruktif

- sukar untuk berasa penat

- tidak mempunyai tujuan yang jelas

- kurang sabar

Saturday 14 May 2011

warna-warna april dan mei


alim baru sembuh 2 minggu, menyusul pula hakim dan arif minggu ini...
chiken pox disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV).