BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Sunday 8 July 2012

ISTIQOMAH

Istiqomah bererti tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran. Maksudnya berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Unsur-unsur uatam istiqomah iaitu berpegang teguh pada aqidah yang benar, iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah melaksanakan tuntutan syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis, mempunyai prinsip dan keyakinan yang kuat, tidak mudah terpengaruh dengan godaan hawa nafsu dan syaitan serta tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran. Ada 3 tahap istiqomah iaitu :- 1. Istiqomah hati- sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak, takbur dan menyuburkan hati dengan keikhlasan. 2. Istiqomah lisan - memelihara lisan atau tutur kata agar sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak-dalih. 3. Istiqomah perbuatan(amalan) - tekun bekerja atau melakukan amalan atau melakukan apa sahaja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah.

0 comments: